Jumaat, 28 September 2012

Kisah Burung Tiong dan Sakaratul Maut...

                             
 
seorang guru agama sering bermain-main dengan sekor burung tiong yang tinggal di anjung rumah guru itu sejak kecil dan amat jinak dengannya.


selepas terbang mencari makan,burung itiu akan kembali  ke anjung rumah guru itu.pada waktu yang terluang,guru itu akan bermain-main dengan burung itu.

guru itu selalu menyebut kalimah syahadah dan akan diikuti oleh burung itu. guru terhibur dengan gelagat dan kepetahan burung itu mengucapkan kalimah syahadah itu.

pada suatu hari ketika sedang asyik mendengar burung tiong itu mengulangi kalimah syahadah,guru itu terlelap.

sedang dalam masa yang sama,seekor kucing sedang mengendap dan menunggu masa untuk menangkap burung itu.

ketika guru itu terlelap,si kucing telah mengambil kesempatan untuk menerkam burung itu.guru terkejut mendengar bunyi bising burung tiong yang kesakitan digigit,guru bangun dan menghalau kucing itu.

guru cuba menyelamatkan burung itu dari menjadi santapan kucing itu,malangnya burung tiong itu telah lemah akibat digigit kucing tadi.

burung itu MENGERANG kesakitan dipangkuan guru itu sehinggalah burung itu terdiam tanda nyawanya telah tercabut disebabkan oleh gigitan burung tadi.
dengan rasa sedih,guru menanam burung itu...

dia telah kehilangan burung tiong yang selalu menjadi penghibur hatinya selepas penat mengajar.

semenjak kematian burung tiong itu,guru itu selalu diam dan termenung hingga menimbulkan tanda tanya pada ank-anak muridnya

anak-anak muridnya datang bertanyakan kenapakah guru itu termenung begitu sekali setelah kematian burung tiongnya itu.

"apakah guru terlalu sayangkan burung itu himgga menyebabkan guru bersedih sebegini rupa?"
tanya salah seorang anak murid guru itu.

jawab guru itu,kesedihan terhadap kematian burung tiong itu tidaklah membawa dia termenung sebegitu rupa.
tetapi menurutnya,beliau memikirkan iktibar dari kisah burung itu yang membuatkan dia sering berfikir....

betapa burung itu mampu berkata syahadah dengan baik selalu walautidak memahami apa yang disebutkannya itu.

"cuba kalian bayangkan,burung itu yang saban hari dimulutnya sering mengucapkan kalimah syahadah yang telah diajarkan padanya."

"tetapi disaat-saat kematiananya,dia hanya mengerang kesakitan dan tidakpun menyebut kalimah syahadah yang selalu diucapkan sewaktu hidupnya.

"dari peristiwa itu saya terfikir...apakah saya juga akan begitu disat-saat sakaratul maut nnti...?"

"walaupun saya sering mengajarkan kalian ilmu...al-Quran,kita sering beribadah,tetapi saya amat takut tidak boleh mengucap ketika itu nanti..."

"apakah saya mampu menahan sakitnya sakaratul maut hingga lupa mengucap kalimah syahadah di saat-saat akhir hidup saya nanti...?"

barulah anak-anak muridnya tahu kenapa guru mereka sering termenung selepas kematian burung tiomg itu.

jika guru yang banyak ilmu dan amalan juga risau akan tibannya sakaratul maut ....
cuba fikirkan bagaimanakah kita...?

  • sudahkah kita dalami syahadah kita dengan ilmu  yang secukupnnya..?
  • sudahkah kita tunaikan tuntutan-tuntutan syahadah itu...?
  • sudahkah kita sempurnakan syahadah kita dengan amal dan ketaatan yang secukupnya...?
  • sudahkah kita meninggalkan perkara-perkara ynag boleh merosakkan syahadah kita...?
  • atau kita tidak mahu berfikir dan ambil peduli dengan syahadah yang ada pada kita...?
  • dan tidak pernah berfikir apakah kita mampu mengucapkan kalimah syahadah itu nanti ketika kita bergelut dengan sakitnya sakaratul maut..?


saat-saat terakhir kita di dunia  untuk menuju alam pembalasan yang seterusnya!!!

beramal dan berdoalah untuk saat yang pasti itu!!!

"YA ALLAH, Akhirilah hidup kami dengan HUSNUL-KHATIMAH (akhir yang baik) dan jangan kau
akhiri hidup kami dengan SUU-UL-KAHTIMAH (akhir yang buruk).
marilah sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ini..

Khamis, 20 September 2012

Aurat,Hijab,Jilbab dan Niqah

Assalamualaikum...
Adalah suatu perkara yang indah jika seseorang itu berhijrah untuk memahami dan melaksanakan tuntutan berhijab.
Namun dewasa ini perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti.
Namun yang demikian, perkara hijab dan jilbab ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sarkastik semata-mata.
01. AURAT
Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim.
Diperjelaskan lagi, batas aurat juga merangkumi jenis pakaian yang tidak menonjolkan bentuk tubuh badan.
Secara dasarnya dinyatakan bahawa batas aurat bagi lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Berlainan pula dengan aurat yang ditekankan kepada golongan wanita.
Aurat bagi kaum wanita merangkumi:
  • Di hadapan saudara lelaki (muhrim) diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali kepala dan tangan.
  • Ketika bergaul sesama wanita muslim aurat bagi wanita itu adalah dari pusat hingga ke lutut
  • Ketika bergaul di kalangan wanita bukan muslim adalah diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Namun bagi sesetengah pendapat para ilmuan batas aurat wanita muslim kepada wanita bukan muslim adalah sama dengan batas aurat ketika bergaul sesama muslim
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim pula diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
  • Aurat ketika solat adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
Ada juga sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa suara juga merupakan aurat bagi kaum wanita.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada:
  • Suami mereka atau 
  • Bapa mereka atau
  • Bapa mertua mereka atau
  • Anak-anak mereka, atau
  • Anak-anak tiri mereka atau
  • Saudara-saudara mereka atau
  • Anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • Anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • Perempuan-perempuan Islam atau 
  • Hamba-hamba mereka atau
  • Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan 
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." - [Surah An Nur: Ayat 31]
02.HIJAB
Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran.
Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]
03.JILBAB
Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar.
Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.
Jika dilihat kepada revolusi wanita Islam masa kini,  fesyen pemakaian tudung labuh adalah teramat kurang sekali untuk dilihat. Malahan di negara Malaysia ini, golongan yang bergelar ustazah juga kurang dilihat mengenakan pakaian berunsur jilbab.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah Al-Ahzab: Ayat 59]
04.NIQAB
Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah".
Pemakaian niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para cendekiawan sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan purdah dipersetujui bahawa adalah sangat dicadangkan.

PENUTUP

Hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap insan yang bergelar muslim. Namun, pelaksanaan hukum ini tidak mendapat perhatian oleh kebanyakan umat Islam dewasa ini. Walaupun kita berada di dalam sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi tiada undang-undang khusus yang mewajibkan etika menutup aurat. Oleh yang demikian, perihal hukum menutup aurat mula dipandang sebagai hukum yang boleh diringan-ringankan. Sedangkan hakikatnya hukum menutup aurat ini sememangnya diketahui sebagai WAJIB bagi umat Islam, tetapi begitu sukar memenuhi tuntutan hukum ini sebagai tunjang kekuatan iman...

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

(¯`v´¯) 13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT
`•.¸.•´`•.¸.¸¸.•**•.¸¸❤`•.¸.¸¸.•*❤ ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

~CINTA???~·

Pada suatu malam di depan panggung wayang.


Suri : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu.Tak bosan kan?
Adi : A’ah, tak bosan. Best!
Suri : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Adi : Errr~ hehe...
Suri : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Adi: A’ah, betul3! Tak delah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Suri : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Adi: Errr~ hehe...
Mereka pun menuju ke i-City...
Suri : Awak, saya cantik tak?
Adi : Awak kan sayang saya. Mestilah cantik.
Suri : Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je. Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar. Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik. Kenapa ya?
Adi : Errr~ hehe...
Mereka pun tiba di i-City...
Suri : Jom snap pic wak. Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Adi : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.
Suri : Boleh ke rapat-rapat ni?
Adi : Takpe le. Awak kan awek saya.
Suri: Awek ja? Bukan isteri yang sah?
Adi : Errr~ huhu...
Suri : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ya wak.
Adi : Alaa... Upload la terus dalam FB.
Suri : Eh...boleh ke?? Tak elok la wak. Gambar tu dah la awak dan saya ja. Yang ke-3 syaitan. Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat. Tak malu ke?
Adi : Errr~ huhu...
Mereka pun pulang...
Suri : Awak, awak sayang saya tak?
Adi : Mestilah sayang. Sayang sangat-sangat tau. Haa.
Suri : Buktinya??
Adi : Eh... Macam ajak bergurau ja. Nak saya kiss pipi awak tu ke sayang? Hehe
Suri : Ish. Apa ni? Teruknya pemikiran awak.
Adi : Eh...Errr~ huhu...
Suri : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Adi : Eh. Mestilah! Hehe...
Suri : Tapi awak tipu saya!
Adi : Eh. Kenapa lak saya tipu awak??
Suri : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun. Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Adi : Owh. Sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!
Suri : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini. Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali. Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh ja tangkap gambar sorang-sorang kan. Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang 'like', awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat. Awak ada ilmu agama. Kalau takda ilmu agama pun, awak tau benda tu salah. Tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???
Suri : Ingat Allah SWT tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya. Tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah SWT. Awak bukan Tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak. Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah. Dekatkan diri pada Allah SWT, mohon pada Allah SWT supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah SWT. Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? Tak kan? Awak bawa saya ke arah keburukan. Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan ja kemahuan awak. Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan.
Suasana bertukar menjadi suram. Sehinggalah Adi mula meluah perasaan.
Adi : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Suri : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Adi yang dulu kembali. Adi yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Adi tu. Tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi. Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan. Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah SWT.
Adi : .......
Pesanan : Kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah SWT. Cinta itu indah kerana Allah SWT yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah SWT itu dinodai oleh cinta manusia. Menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan. Seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan. Beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah SWT menegur dengan pembalasan & azab. Wallahu’alam~

~::♥♥ANDAI LELAKI TAHU♥♥::~


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlomba- lomba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya
Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. Wallahu a’lam bish-shawab
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Semoga kita bisa mengambil hikmah dalam setiap kejadian.
Dan bilamana ada kata maupun penulisan yang salah mohon di benarkan
Salah dan Hilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon ma'afkan
Kami Hanya Insaniah fakir Hamba Allah yang tiada daya dan Upaya

*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
semoga bermanfa'at..Insya Allah
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Salam Ukhuwah fillah
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫
♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ hamba ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫
(¯`v´¯).♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..♥♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.
Prinsip ABC
A mbil yang baik
B uang yang buruk
C iptakan yang baru
ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ
(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Salam Cinta karena-NYA & Ukhuwah Fillah
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫
♫•*¨*•.¸ﷲ¸.•*¨*•♫♥:♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸::♥::♥.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•♫
(´'`v´'`)
`•.¸.•´ ღ☆ღ Semoga catatan ini bermanfa'at ღ☆ღ
.¸.•´¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ ♥♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥♫♥♫Salam Ukhuwah Fillah ♥♥
♫•*¨*•.¸ﷲ¸.•*¨*•♫♥:♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸::♥::♥.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•♫

FaHaMiLaH

Terlalu sedikit usaha kita hendak menggambarkan syukur dan kasih kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.

1) Banyakkan menyebut nama dan berselawat kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.
2) baca sirah perjuangan Baginda صلى الله عليه وسلم.
3) Contohi akhlak mulia Baginda صلى الله عليه وسلم.

4) Perjuangkan segala tinggalan Baginda صلى الله عليه وسلم.
5) Berusaha menjadi ummah yang Baginda صلى الله عليه وسلم banggakan.
6) Cintai apa dan siapa yang dicintai oleh Baginda صلى الله عليه وسلم.
7) berkumpul menunjukkan sayang pada baginda صلى الله عليه وسلم (majlis maulid, demonstrasi di Kedutaan US hari ini dsb).

Demonstrasi hari ini memang bukan segalanya. Tapi ia sekelumit tindakan yang terbit dari hati yang mengasihi Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mudah-mudahan ia dikira amalan yang boleh kita bawa berjumpa Baginda صلى الله عليه وسلم di Mahsyar nanti. Berkumpul di hadapan Kedutaan US dengan akhlak yang baik, kemudian pulanglah dengan hati yang terus membakar dengan kasih kepada Baginda صلى الله علي

SEDARRLAH!!!

WAHAI MUSLIMAH.....
CARILAH LELAKI YANG BOLEH MENGINGATKANMU TENTANG SEMBAHYANG,
BUKAN LELAKI YANG SELALU MENGAJAK TENGOK WAYANG,

Sabtu, 15 September 2012

PEMIMPIN SEBENAR

ADA SEORANG USTAZ, IA SELALU MENGIKUTI SEMUA PERKARA YANG NABI LAKUKAN TETAPI SATU PERKARA JE USTAZ INI TIDAK IKUT IAITU BERKHAWIN. USTAZ MEMBERITAHU UMINYA SUPAYA MENCARI JODOH UNTUKNYA. USTAZ PASTI MESTI UMINYA BAWA JODOH YANG TERBAIK UNTUKNYA.TEWTAPI MALANGNYA UMINYA MEMBAWA SEORANG PEREMPUAN YANG MEMBUKA AURAT(FREEHAIR) DAN PEREMPUAN ITU IALAH BEKAS GRO. DDALAM HATI USTAZ BERKATA"YA ALLAH ADAKAH INI JODOHKU,KALU INI JODOHKU AKU REDA PADAMU YA ALLAH'. PADA MALAM ITU JUGA USTAZ SOLAT SUNAT ISTIQARAH. BAHAWA BENAR PEREMPUAN ITU IALAH JODOHNYA.SELEPAS IA MENGETAHUINYA , LANGSUNG MEREKA MENIKAH.SI USTAZ SELALU MEBIMBING ISTERINYA.PADA MULANYA ISTERINYA CUBA  MEMAKAI TUDUNG ARIANI. SELEPAS ITU SI ISTERI MEMAKAI TUDUNG LABUH.SETERUSNYA MEMAKAI SARUNG KAKI DAN HANDGAT. SEKARANG SI ISTERI MEMAKAI PUDAH.SAMPAI SEKARANG SI ISTERI TIDAK BERUBAH LAGI KE ARAH YANG BURUK

DI SINI ANA INGIN KATAKAN,KITA SEBAGAA BOLEH BERUBAH TETAPI JIKALAU INGIN BERUBAH , JANGAN BERUBAH CARA MENDADAK KERANA BERUBAH CARA ITU TIDAK MENJADI. BERUBAHLAH CARA PERLAHAN LAHAN
DAN KEPADA KAUM ADAM BIMBINGLAH ISTERIMU KELAK , WALAUPUN KAMU MASIH SINGLE TETAPI DIDIKLAH DIRIMU UNTUK MENJADI SEORANG PEBIMBING YANG BAGUS.
KEPADA KAUM HAWA PULA BANTULAH SUAMIMU DALAM HAL NI.AGAR IA MEMPEROLEHI KEKUATAN OLEH KAMU. TH SEGALA ARAHAN BAIKNYA YANG DISURUH OLEH SUAMI.

SESIAPA YANG MEMBACA BLOG ANA SILA TINGGALKAN KESAN YA
SYUKRAN ^_^

Doa yang menebusi tujuh petala langi

Ikram sudah puas menari di disko, dia mengajak seorang wanita pulang untuk memuaskan nafsunya. Dia memecut ke rumah dalamkeadaan mabuk. Dia berhenti di simpang enpat. Tiba-tiba azan subuh berkumandang, sayup dan menusuk kalbunya.Hatinya tiba-tiba merusuh dan menjadi kacau. Dia menekan pedal minyak dan memecut menaiki jambatan. Entah bagaimana, dia terlanggar penghadang jambatan.Kereta berpusing dan wanita disebelahnya tercampak keluar.

Gelap

'Ikram! Namanya dipanggil. Dia membuka mata dan menyedari keretanya tersangkut di pagar jambatan. sebaik sahaja dia ditarik keluar keretanya menjunam jatuh ke dalam air. ikram kaget! dia melihat tubuh wanita yang bersama dengannya. kepalanya tercabut dan perut terburai. mati katak.

ikram semoga Allah memberikan kelebihan yang lebih baik untuk kamu. beritahu lelaki yang menolong ikram. ikram memandang wajah lelaki tersebut. kamu saifullah? ikram memeluk sepupunya, seorang lelaki yang kuat beribadat dan mengajaknya berjihad.

mari kita ke masjid. tunaikan solat subuh. pinta saifullah. tidak, aku mahu pulang. aku masih bernajis. ikram menangis. saifullah tanpa banyak bicara, terus menghantar ikram pulang.

sebulan kemudian seorang lelaki berjanggut mengetuk pintu rumah saifullah. dia membuka pintu dan menatap wajah tetamu yang datang. siapa kamu? tanya saifullah.nini aku, ikram. sepupumu yang pemabuk dulu. balasnya. saifullah terkejut memandang saifullah berjubah dan berjambang . wajahnya penuh dengan kesan khusyuk dan bercahaya. dia bukan lagi pemabuk dan kaki betina.

rintih ikram: setelah usiaku 30 tahun, barulah aku bersolat, membaca al Quran dan berqiamulail. tetapi, aku takut andai ibadatku tidak mampu tembusi langit ketujuh. aku kuatir Allah enggan mendegar dan menerima taubatku disebabkan banyak maksiatku selama ini.

saifullah terdiam. sayu dan sebak. bersangka baiklah dengan Allah, dia pasti menerima taubatmu. dia cuba memujuk ikram. aku mahu bukti. aku mahu kepastian bahawa taubatku diterima oleh Allah. aku mahu berjihad dan menebus dosa ku semalam. bolehkah engkau membawa ku ke medan jihad? aku mahu berperang dan mati syahid. pinta ikram.

saifullah ragu-ragu. engkau serius? hanya dengan cara itu aku dapat terus ke syurga Allah. hanya dengan cara itu aku mendapat kenyakinan bahawa doaku sudah menembusi langit ketujuh..ikram tekad. saifullah teruja, namun dia memikirkan sesuatu lantas berkata: bulan depan aku akan menuju di medan peperangan. aku akan melalui daerah yang penuh dengan pelacur dan arak. aku risau, kamu tidak mampu menahan nafsumu dan berpatah pada tabiat lamamu.

ikram menepuk bahu sepupu, juga merangkap sahabatnya. bawaku bersamamu, aku pasti boleh!! sebulan kemuddian ikram melalu daerah yang penuh dengan pelacur cantik, di situ selama beberapa minggu, ikram teguh berdoa, ya Allah, sesungguhnya bidadari dan juga arak di dalam syurga-Mu lebih baikndrpada segala yang ada di dunia ini.

beberapa hari kemudian, ikram dan saifullah memasuki daerah peperangan. saifullah menemani ikram dan melihat kesungguhan ikram menjaga solat fardu dan qiamulail. suatu malam, dingin danbersalju. saifullah sedang membuat rondaan bersama-sama ikram. ikram, apa yang merubah kamu selepas kemalangan? saifullah ingin tahu. ikram diam dan menangis keras. jika aku mati beberapa bulan yang lalu dalam kemalangan, pasti aku terus ke neraka. tetapi Allah memberiku peluang kedua. aku berjanji untuk menghabiskan umur hidupku untuk jihad. hanya dengan syahid, barulah aku pasti Allah bbenar benar mengampunkan dosa-dosaku dan memberikan aku syurga-Nya.

tiba-tiba musuh menyerang lokasi mereka dengan kekerasan,hujan peluru dan letupan bom menggegarkan alam. ikram berjuang dan akhirnya rebah selepas ditembusi beberapa butir peluru. mayatnya dilarikan mush. saifullah kesal membiarkan mayat ikram dirampas. dua minggu berlalu, akhirnya musuh menawarkan pertkaran mayat. saifullah bergegas mencari mayat ikram. dia memasuki kawasan timbunan mayat yang berbau busuk dan hanyir. di situ ada mayat seseorang yang berbalut kemas. saifullah segera membuka balutan itu. ternyata, itu ialah mayat ikram. mayat yang segar seumpama sedang tidur dan bibirnya menguntum senyuman. walaupun mayat-mayat lain sudah mereput dan busuk, mayat ikram masih harum dan lukanya masih berdarah.

saifullah menangis, wahai ikram, doamu telah menembusi tujuh petala langit. taubatmu telah pun diterima Allah. aku telah menyaksikan sendiri bahawa engkau diterima sebagai syuhada. semoga aku juga menyusul langkahmu.

ALLAHU AKBAR!!

Jodoh ^_^


angin petang bertiup lembut. kak long diam memandang ke luar tingkap seketika,pandangannya kembali terarah pada mak ngah yang bermuka kelat. tiada senyuman yang menghias bibir mak ngah seperti selalu." anggap saja tiada jodoh,mak ngah.kak long bersuara lembut, cuba menyejukkan hati mak ngah yang sedang membara. " pandailah kamu ckap tentang jodoh.jodoh ni kita perlu.yang kau tu terbalik.menolak tuah.   senang  -senang kau tolak pinangan si Azman tu. manalah mak ngah nak letak muka ni?" tajam kata kata mak ngah. " kau cakap, apa yang kurangnya Azman itu. rupa ada, kerja bagus, anak orang baik baik. betullah aku x faham dengan kau ni. kau bukan muda lagi tau. dah nak masuk 30. dah nak jadi anak dara tua. Andartu!!" mak ngah membebel. kak long tersentak,kali ini kata kata mak ngah benar benar mengguris hatinya. dia mengalihkan pandangan ke arah ibu yang sejak tadi mendiamkan diri."sudahlah ngah, itu keputusan sue. kenapa kita nk paksa dia. dia x berkenan nak buat macam mana'" ibu cuba membela. " itulah kau' lembut sangat dengan anak anak. ikut sangat kemahuan sue ni.yang merana.....dia juga. tak kawin sampai ke tua. sebab apa? terlalu memilih. tunggu malaikat dari langit agaknya!""sue tak pandang harta atau rupanya,mak ngah. sue pandang agamanya. macam mana sue nak berkhawin dengan orang yang x jaga solatnya?" akhirnya kak long memberanikan diri menjawab. bulat mata mak ngah memandang kak long."amboii, senang senang je kau tuduhh si Azman tu tak sembahyang;". " sue tak tuduh, mak ngah. dia sendiri beritahy yang dia tak pernah solat." suara kak long sedikit tinggi. terbayang  wajah Azman yang memandangnya dengan pandangan yang mencurigakan. seolah-olah ingin dijelajahi semua yang terselindung di sebalik tudung yang dipakainya. lelaki itu yang hendak diharapkan memimpin tangannya ke syurga? mustahil !! "kau ustazah, bimbinglah dia,dia pun bukannya keras sangat. mak ngah kenal dia dah lama. solat je kan yang dia x jaga. yang lain okey mak ngah tengok. kau pertimbangkan semulalah ya? suara mak ngah tiba tiba lembut memujuk. "mak ngah solat itu tiang agama. tak dirikannnya bermakna runtuh agama. tak tunaikannya, amalan yang lain adalah sia sia kerana itulah amalan pertama sekali akan dihisab. maaf, mak ngah. keputusan sue muktamad. sue tak mahu dijodohkan dengan Azman" kak long tetap berkeras." dasar budak degil. kau tengoklah nanti. aku doakan kau dapat yang kau tak nak tu. aku nak tengok sejauh mana kau berpegang pada kata kata. nak memilih yang beragama konon. tak kawinlah kau, sue!!" sempat mak ngah menjerkah sebelum bangun meninggalkan kak long dan ibu. kak long tunduk menyeka ai matanya yang mengalir di pipi. sekian lama, dia menahan, akhirnya tumpah juga. kata kata mak ngah terlalu berat untuk ditanggung." sabarlah, sue bukan tak kenal mak ngah tu. mulutnya sahaja macam tu. tapi hatinya baik", ibu mengusap rambut kak long."berat mata memandang, berat lagi sue yang memikulnya , mak," kak long bersuara suak."harta, rupa, semuanya sementara. bukan itu yang sue pandang,". ibu terdiam. mengesat kelopak mata yang terasa basah. dia seorang ibu. mana mungkin tak terasa apa apa apabila anaknya diperlakukan begitu. ibu juga kenal adiknya itu, untuk mengalah adalah mustahil baginya. " kali ini mak ngah betul betul macam yang sue mahukan. pakej lengkap. ramai perempuan yang mimpi nak jadi teman hidup dia. tapi dia berkenan bila mak ngah tunjukkan gambar sue." mak ngah berbisik di telinga kak long. wajah mak ngah berseri seri. jauh berbeza dengan minggu dahulu. sewaktu dia memarahi kak long. kak long hanya mendiamkan diri. dia menyelak langsir mengintai lelaki yang sedang berbual bual dengan pak ngah . memang ada rupa. berpakaian seperti kumpulan nasyid raihan. "jurutera, tinggal di KL. harap kali ni kau tak hampakan mak ngah. mak ngah hanya nk tengok kau bahagia.. cepatlah. pergi hantar air pada dia." mak ngah menggesa sambil menghulur dulang air. kak long memandang ibu. ibu hanya mengangguk. kak long membetulkan tudung kemudian melangkah keluar. meletakkan air di depan pak ngah dan lelaki itu." inilah suraya, anak saudara pak cik," pak ngah memperkenalkan kak long,"dan ni, sue anak kawan pak ngah. namanya zainal," kak long mengangkat muka, memandang sekilas kepada lelaki itu, lalu meminta izin untuk beredar."macam mana, sue? kau berkenan tak? mak ngah bersuara tidak sabar. kak long mengeluh," sue akan fikirkan, mak ngah" kaki kak long  oantas melangkah masuh ke dalam bilikdan tersenyum mak ngah semakin melebar. keesokkan harinya. mak ngah mengamuk lagi. kali ini lebih teruk, kak long membuat keputusan yang mengejutkan. menolak, zainal untuk dijodohkan dengannya."kau dah gila ke, sue? semalam mak ngah tengok kau dah setuju. hari ini lain pula ceritanya. cubaq beritahu aku, apa yang cacatnya si zainal tu?" mak ngah mula mundar mandir di depan kak long, selendang dibahunya dikibas kibas ke mukanya. mak ngah seperti cacing kepanasan. kak long terdiam."cakaplah, sue, kenapa tiba tiba sue menolak zainal? "ibu bersuara lembut. kak long mengeluh." takde apa apalah mak, mak ngah. zainal tiada cacat celanya. cuma sue yang tak bersedia."apa? umur macam ni kau cakap tentang bersedia atau tak? kau sedar atau tak yang kau cakap ni?" mak ngah memandang kak long seperti harimau mahu menerkam mangsanya. kak long tertunduk. itulah keputusan sue, mak ngah. dan sue tak bercadang nak ubah fikiran. sue minta maaf;"kak long lalu meninggalkan mak ngah yang terpingga pingga."aku dah malas nk layan kau ni, sue. tak kawin sampai ke tualah kau!!" sempat mak ngah menyumpah. kak long buat x dengar je. pintu biliknya ditutup rapatkak long duduk di atas katil, wajah zainal dan mak ngah silih berganti. biarlah, cukup dia seorang yang tahu perangai zainal yang sebenarnya. bagaimana lelaki itu sudah berani mengajaknya keluar hanya berdua walaupun baru sekali berjumpa. bagaimana lelaki yang dikatakan warak oleh mak ngahnya tu sudah berani bertanya yang bukan bukan bukan sedangkan dia blum lagi membuat apa apa keputusan. namun, jauh di sudut hatinya, dia sangat bersyukur pada Allah. sekureang kurangnya Allah dah tunjukkan siapa sebenarnya zainal tu dan di situ kasih sayang Allah padanya yang paling mwembuat dia bahagia.
orangnya baru setahun masuk Islam perlukan bimbingan daripada org yang faham macam sue. walaupun rupanya......"rupa bukan ukuran nilaian iman. pak ngah. sue tahu. sue dah tgk orgnya." cpat kak long memintas. selang 2 minggu pak ngah merisik lagi jodoh untuknya. cuma bezanya kali ini, mak ngah tak lagi campur tangan." jadi bagaimana? apa pun keputusan sue.pak ngah terima, sue berhak atas kebahagiaan hidup sue sendiri. kak long diam, wajah jujur pemuda india muslim itu terbayang diwajahnya. entah mengapa, kali ini seolah olah hatinya terpaut untuk menerima lamaran ini."kalau kau terima,sue. anak kau nanti berbelang belanglah. macam zebra" mak ngah sempat menyindir kemudian ketawa." x baik menghina orang," pak ngah menjeling mak ngah, kurang senang dengan kata kata mak ngah." betullah,aku dah cari yang kaya, yang segak. dia x mahu.hah,padanlah betullah dia dengan lelaki india muslim tu" mak ngah mencebik. kak long masih lagi mendiamkan diri. kata kata mak ngah tak lagi mengusik perasaannya." bagaiman? pak ngah mendesak, tidak sabar menunggu."sue istikharah dulu pak ngah."kak long tersenyum. rumah kak long meriah hari ini. kak long hanya duduk di dalam bilik saja. menunggu pengantin lelaki masuk menyarungkan cincin. akad nikah sudah selesai. hari tu, selepas 3 malam dia buat solatistikharah,dia bermimpi bulan jatuh ke ribanya.keputusannya dah jelas. dia bahagia memilih agama. lelaki yang dia yakin dapat membimbingnya jalan ke syurga. sindiran mak ngah tak lagi berkesan di hati."pengantin lelaki dah nak masuk"ibu berbisik ke telinga. kak long mengangguk. seorang lelaki berbaju melayu putih terpancul di pintu. dan apabila kak long mengangkat muka, kak long terkejut. wajahnya serta merta berubah. pandangannya silih berganti pada lelaki itu dan pak ngah di sebelahnya. pak ngah, kenapa...."pak ngah ketawa." maaf sue,, pak ngah tersilap rupanya.yang datang hari tu rupanya kawan si Imtiaz ni. yang melamarkau, dia sebenarnya pegawai di jabatan agama. kak long terpingga pingga. ibu tersenyum. sedar sedar cincin dah tersarung di jarinya.kak long tunduk. mencium tangan lelaki asing yang kini sah menjadi suaminya. setitis airmatanya gugur, entah kenapa."sebenarnya, ana dah banyak berbual dengan ibu sue sebelum sue kenal siapa ana. anggaplah ana hadiah Allah untuk sue kerana sue memilih cinta Nya. ana mencintai sue kerana sue mencintai Allah" imtiaz sempat berbisik. takkala bibirnya lembut menyentuh dahi kak long.
kak long memejamkan mata. aor mata mengalir  perlahan di pipinya. terasa rahmat dan kasih sayang Allah sangat dekat dengan dirinya. blik pengantin sedikit riuh rendah. akhirnya mak ngah turut tersenyum, kak long bertemu jodohnya, akhirnya>?? sejalur sinar bahagia sedang menyuluh lorong hidupnya. benarlah kata orang, kesabaran itu pahit, tapi buahnya teramat manis. kak long kini sedang mengutip dan mengecapi buah buah manis dari pohon kesabaran yang ditanam dan dijaganya selama ini.

MAKSIAT DI DEPAN MATA

Hari ini, ketika ini, dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA?
Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan
  • Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan,
  • Rasulullah sebagai model ikutan,
  • Allah sebagai tujuan dan
  • Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan??


Amatlah jelik sekali pada masa ini ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita,mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini, turut sama leka dalam jalan taghut.
Malah amat lagi menyedihkan bilamana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa yang normal untuk berlaku dimana-mana.


Saudara ku,


Syaitan akan mengindahkan pandangan manusia ini atas maksiat yang kita lakukan.
Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai dalam kalangan kita dan bahkan ia dipandang mulia.
Namun, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.
Pemuda-pemuda dan para pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabel sebagai ‘terrorist’, pengganas, malah dilabel juga sebagai ‘extremist’. Wujudkah ekstremist dalam beragama? Andai mereka yang mahu menegakkan perintah Allah, mendukung kebenaran serta menjalankan perintah Allah itu digelar ekstrem, bukanlah patut kita gelarkan mereka yang sengaja mahu melanggar perintah Allah juga sebagai ekstrem? ‘Ekstrem’ dalam melakukan kemungkaran. Tidak layakkah begitu?


Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno,kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan: 

“Aku enjoy,enjoy gak. Ibadat,ibadat jugak”.
Maka adakah kehidupan kita ini membezakan kehidupan ini dengan Islam? 
Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk berseronok sakan pun bukankah lebih cantik dan lebih indah sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam. 

Tiada pergaulan tanpa batas. Tiada kelucahan. Bahkan da`wah juga dapat disampaikan melalui hiburan. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur da`wah. Bukankah lebih cantik andai lagu rock juga ada unsur da`wah? 

Tidakkah lebih jelik pabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert, pesta, keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan sesuka hatinya? Maka dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan itu?

Adakah Islam itu hanya tertegak dengan kata? Adakah Islam itu tertegak hanya dengan ceramah dan jualan air liur sahaja?

Saudaraku, 

Islam itu adalah kehidupan kita. Saat kita mengucapkan shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya. 

Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan Islam dari kehidupan. Tidak ada pengasingan Islam itu dari pemerintahan. Kerana Islam ini sungguh lengkap dan syumul. 

Segalanya dari aspek kehidupan seharian, pemerintahan malah kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita dan juga kita juga berikrar bahawa kita sanggup mengikut Islam ini. 

Adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong??? Renung-renungkan bersama.


Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat (sangat pantas) Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.


Menurut beberapa riwayat peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda, ia berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah.


Peristiwa ini bersabit dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Isra ayat yang pertama maksudnya: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


Pada paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimana untuk memberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia suatu yang di luar kemampuan manusia. Bayangkan perjalanan ke Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hampir sebulan, inikan pula dalam satu malam.


Rasulullah s.a.w. menyahut cabaran Abu Jalal agar dikumpulkan manusia untuk memberitahu mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa. Apabila manusia telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada mereka tentang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam, ramai daripada mereka yang tidak percaya.


Mereka yang lemah imannya mendustakan Rasulullah s.a.w. manakala mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.


Keberanian Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan Baginda tersebut sememangnya wajib dicontohi kerana ia memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya perlu bersabar dan terus menunjukkan akhlak yang baik, walaupun ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidak memahami Islam.


Sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. LEBIH-LEBIH LAGI BAGI UMAT ISLAM YANG NAIF TENTANG TENTANG KEFAHAMAN DAN ILMU ISLAMNYA.


Contohilah Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik.


Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
  1. Sedekah/amal jariahnya, 
  2. Doa anak-anaknya yang soleh dan
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wallahu a'lam

layakkah aku menjadi permaisurinya....


Batrisya. Gadis pujaan para teruna. Jika ada kata-kata untuk menggambarkan kecantikan dan keayuannya, pasti bait-bait ini menjadi pilihan. Wajahnya sebujur sirih, alis matanya lentik, pipinya bak pauh dilayang, bibirnya merah delima, rambutnya hitam ikal mayang
Siapa tidak kenal Batrisya? Pujaan jejaka dari kampung hulu hinggalah ke kampung seberang. Ada yang sanggup merantau dari bandar ke pekan hanya semata-mata untuk menyaksikan sendiri keindahan dan kecantikan Batrisya yang sering menjadi topik perbualan hangat setiap jejaka yang telah terkena panahan matanya. Mata yang sering kali melemparkan kerlingan manja sehingga mamak yang tengah buat roti canai pun boleh tersalah menu.
" Assalamualaikum"
Lontaran suara yang matang tersebut segera menarik perhatian Batrisya untuk melihat pemiliknya. Dia segera membetulkan rambutnya yang dibiarkan lepas separas bahu.
"Waalaikumsalam"

 Jawapan yang sememangnya dinantikan oleh jejaka yang sedari tadi tercegat di atas tangga rumahnya. Tersentak jejaka tersebut apabila terlihat olehnya akan susuk yang begitu indah lagi menawan. Di dalam hati kecilnya berbisik
" Alangkah manisnya jika susuk yang indah ini dipelihara daripada pandangan ajnabinya"
" Astarghfirullahalazim.... apa yang aku fikir ni?" Jejaka tersebut beristighfar panjang. Betapa dia tadi telah tergoda oleh jelingan mata tersebut yang hanya merupakan panahan syaitan semata-mata. Dia segera menundukkan pandangannya. Dengan nada yang agak tegas dia pun bersuara.
" Ustaz Jamil ada?"
Dengan suara yang sengaja dilembutkan, Batrisya menjawab persoalan tersebut sambil matanya cuba menangkap pandangan jejaka tampan yang sedang berdiri di hadapannya.
" Ayah tidak ada di rumah. Dia baru saja ke masjid. Ada urusan di sana. Masuklah dahulu"
Urusan yang sememangnya dia sendiri tidak pasti kerana dia sendiri pun sudah tidak ingat bila kali terakhir dia menjejakkan kaki ke masjid yang hanya beberapa minit sahaja jauhnya dari rumahnya.
" Masuk? Ah! Tidak mungkinlah! Tidak mungkin aku menceroboh masuk ke dalam rumah seorang wanita yang haram bagiku" bisik hati kecilnya dengan penuh ketegasan.

" Tidak mengapa. Kalau sudah begitu, saya akan ke masjid sahaja. Terima kasih"
dia segera berlalu pergi tanpa menghiraukan Batrisya yang masih memerhatikan setiap langkah kakinya.
Selama ini, tidak ada seorang jejaka di kampung tersebut yang mampu memiliki cinta Batrisya. Biar diberikan tanah sedunia dan selautan emas sekalipun, Batrisya tidak mudah menyerahkan cintanya kepada mana-mana jejaka yang cuba memilikinya. Sudah hampir sekampung pinangan datang kepadanya, namun tidak ada satu pun yang menarik perhatiannya. Dia lebih selesa hidup membujang dan membuat lelaki-lelaki tersebut mabuk kepayang dan sakit rindu kerana terlalu ingin memilikinya. Dia berasa bangga apabila dipuja sebegitu.
Tetapi, sejak kemunculan jejaka tersebut yang tiba bagai angin lalu pada hari itu, Batrisya menjadi tidak keruan. Tidurnya sekejap ke kiri,sekejap ke kanan. Makannya tidak pernah kenyang dan perubahan pada puteri tunggal kesayangannya itu memang ketara sekali pada pandangan mata Ustaz Jamil.
Pada suatu malam yang sepi, setelah selesai solat berjemaah di masjid,Ustaz Jamil segera pulang ke rumah. Pada kebiasaannya, dia akan terus duduk di masjid sehingga larut malam sambil membincangkan urusan-urusan di kampung yang sudah sememangnya menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua kampung. Tidak lupa juga dia memberi tazkirah pendek buat santapan rohani setiap jiwa yang hadir untuk solat berjemaah. Tetapi, perasaannya kali ini tidak enak. Perubahan sikap Batrisya sangat merisaukan baginya. Dia melangkah pantas meredah angin malam.
Setibanya di rumah, dilihatnya Batrisya duduk termenung di tepi tangga. Hampir setiap malam Batrisya duduk di situ sambil memerhatikan bulan yang sememangnya pada waktu itu sedang mengambang penuh. Perlahan-lahan Ustaz Jamil menghampiri puteri kesayangannya itu.
Sejak pemergian isteri tercinta, Batrisya, yang selalu menjadi peneman dan penghibur Ustaz Kamil. Sungguh kasihnya dia pada Batrisya sehingga dia tidak pernah sanggup untuk menjentik anak itu walau sekalipun. Kedegilan Batrisya ketika diajak menunaikan solat juga tidak mampu ditanganinya.
Ustaz Jamil sedar, sebagai seorang bapa, betapa dia telah gagal mendidik anaknya menjadi wanita solehah sesuai pesanan arwah isterinya, dan kerana itulah dia menangis dan meratap sedih setiap kali dirinya datang "mengahadap" Allah. Bukan dia tidak mahu anaknya menjadi seorang mujahidah, dia cuma terlalu sayangkan Batrisya sehingga sebesar apapun kesalahannya, Ustaz Jamil tidak sedikitpun memarahi Batrisya. Walaupun begitu, setiap malam, Ustaz Jamil akan memberikan peringatan dan menceritakan pelbagai kisah Ummul Mukminin buat Batrisya kerana Batrisya sangat suka akannya.
Dan seperti biasa, pada malam itu, Ustaz Jamil berhajat untuk meneruskan ceritanya yang masih bersisa semalam. Dia duduk di sisi Batrisya kemudian menatap wajah ayu persis isterinya itu. Dia tersenyum sendiri terkenangkan saat dia dan isterinya duduk di tangga itu 10 tahun yang lalu. Tidak ubah seperti hari ini. Sungguhpun bertahun dia menanggung derita atas pemergian ratunya, dia tetap bersyukur kerana Allah masih menyayanginya dengan mengurniakan sebutir permata yang baginya begitu indah dan berharga.
" Abah, bulan itu cantik kan?" bisik Batrisya perlahan sambil matanya masih memerhatikan bulan yang nun jauh di sana. Tidak berkelip sedikitpun.
Ustaz Jamil segera mengalihkan pandangannya ke arah bulan tersebut. Lama dia berfikir sambil menatap bulan tersebut. Setelah hampir sepuluh minit, Ustaz Jamil pun bersuara.
"Cantik, nak. Bila bulan mengambang penuh macam ni, lagi cantik. Cuba lihat pula pada bintang-bintang yang mengelilingi bulan itu. Bintang pun tak kurang cantiknya. Tanpa bintang-bintang tu, bulan takkan tampak secantik dan semegah itu"
Ustaz Jamil mengatur ayat-ayatnya lagi. Malam ini, dia berhasrat untuk menyampaikan sebuah berita besar buat Batrisya. Berita yang dia sendiri pun tidak tahu akan penerimaannya nanti. Dia bersuara lagi.
"Batrisya...Bulan yang mengambang penuh dan cantik tu samalah seperti kaum wanita yang telah diciptakan oleh Allah di muka bumi ni. Diciptakan dengan fizikalnya yang menarik dan memang indah pada pandangan lelaki. Tetapi, setakat itu sajalah cantiknya. Sama seperti bulan tanpa cahaya bintang. Tidak akan jadi seindah bulan pada malam ini.
Tapi, bulan pada malam ni, dipagari dan dikelilingi oleh bintang-bintang yang gemerlapan sinarnya, tidak ubah seperti wanita-wanita yang menutup segala anugerah Allah itu dengan pakaian yang sepatutnya, yakni pakaian yang menutup aurat. Tidak ketat, tidak nipis, tidak jarang, tidak pula terlalu terang sehingga menarik perhatian mata-mata yang memandang. Wanita-wanita seperti itulah yang paling cantik Batrisya. Seperti cantiknya bulan yang dipagari bintang"
Hati kecil Batrisya tiba-tiba tersentuh apabila mendengarkan kata-kata ayahnya yang penuh bermakna itu. Dia cuba mencernanya perlahan-lahan dan kemudian menatap mata ayahnya dalam-dalam. Kemudian merenung semula ke arah bulan tersebut.
"Batrisya, abah ada sesuatu nak beritahu ini. Hari tu, waktu abah masih di masjid, ada pemuda datang jumpa abah. Taufik namanya. Budak itu baik orangnya, nak. Dari gaya dan cara dia membawa diri, abah tahu dia seorang pemuda yang soleh. Dah beberapa hari ni abah perhatikan dia. Solat jemaah di masjid tak pernah tinggal. Rajin pulak membantu orang-orang kampung membersihkan masjid tu. Hari tu, ayah terdengar dia bertarannum di masjid. Bagus sekali, nak. Orangnya sopan dan lemah lembut. Kalau boleh"
Belum sempat pun Ustaz Jamil menghabiskan ayatnya, Batrisya sudah mula memotong.
"Apa dia abah? Abah nak jadikan dia menantu abah ke? Abah, cuba abah fikir baik-baik. Layak ke perempuan macam Batrisya ini jadi pendamping lelaki soleh macam dia, abah? Solat pun sekali-sekala. Al-quran? Tak usahlah abah cerita. Dah bertahun agaknya Batrisya tak baca. Dah tak tahu kat mana Batrisya simpan. Pakai tudung pun tidak. Menutup aurat? Jauh sekali. Layak ke Batrisya untuk orang macam itu, abah?"
Dengan nada keras dan linangan air mata, Batrisya mengucapkan kata-kata tersebut. Dia sedih apabila mengenangkan segala kelemahan dan keburukan dirinya. Sedih apabila mengenangkan dirinya yang tidak pernah sekalipun "bertemu" Allah dalam tahun itu. Sedih apabila mengenangkan segala-galanya, tentang dirinya. Sungguh telah lama dia tersesat dan menjadi seorang pendosa. Cerita ayahnya mengenai bulan dan wanita menambahkan lagi kesedihannya.
Sungguh selama ini dia telah membiarkan dirinya menjadi mangsa pandangan mata-mata yang dipenuhi penyakit zina itu. Sungguh dia selama ini membiarkan susuknya yang menawan menjadi santapan bagi penagih-penagih cintanya. Terlalu banyak dosanya sehingga tidak terhitung lagi. Bukan dia tidak mahu berubah. Dia cuma takut akan pandangan orang-orang kampung terhadapnya nanti. Apa kata orang kampung andainya Batrisya yang selama ini dipuja-puja atas kecantikan dan keayuannya menutup semua anugerah itu dengan pakaian yang akan menghalang setiap mata yang cuba menembusinya? Dia cuma terlalu malu dan takut untuk berubah.
Taufik pula.Jejaka yang jauh sekali tinggi darjatnya berbanding dirinya yang lemas dibelenggu kesesatan yang dia ciptakan sendiri. Tidak perlu baginya untuk menemui dan mengenali Taufik sendiri. Dari cerita ayahnya sahaja dia sudah tahu betapa berbezanya dia dengan Taufik. Bagai langit dan bumi. Jejaka yang soleh seperti Taufik sesuaikah menjadi teman hidup seorang pendosa sepertinya? Dia tidak pernah lupa akan janji Allah buat seluruh umat manusia yang selalu disebut-sebutkan oleh ayahnya.
"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)" (an-Nur 24:26)
Taufik sudah pastinya seorang lelaki yang baik. Tapi, dirinya? Siapa dirinya? Dia hanya seorang perempuan yang dia kira selayaknya menjadi milik lelaki-lelaki yang seringkali memuja dirinya kerana kecantikan yang dia tonjolkan jauh panggang dari api! Tidak mungkin lelaki seperti itu mahu, andainya wanita sepertinya menjadi suri hidup mereka.
Hanya akan memburukkan nama dan menjatuhkan maruah sahaja. Batrisya masih mendiamkan diri dengan deraian air mata. Menyesali segala kesilapan dan dosanya terhadap Yang Maha Esa. Dosanya terhadap Sang Pencipta yang telah mengurniakan dirinya dengan anugerah yang menjadi igauan wanita-wanita lain di kampung itu. Kecantikan. Itulah anugerah milik Allah yang selama ini telah dia cabuli dengan menonjolkannya buat tatapan lelaki lain selain lelaki yang selayaknya. Tidak lain tidak bukan, Suaminya.
"Ya Allah. Hamba berdosa pada-Mu. Masihkah lagi ada ruang di sisi-Mu buat hamba yang hina dan jijik ini?" ratap Batrisya tanpa menyedari bahawa Ustaz Jamil masih lagi ada di sisinya.
Batrisya sudah tidak kuasa untuk menatap bulan itu lagi. Setiap kali memandang bulan tersebut, dia akan merasa betapa ruginya dia sebagai seorang wanita yang telah menjual harga dirinya. Dia bangun perlahan-lahan lalu menaiki tangga rumahnya satu-persatu. Tiba-tiba, langkah lemahnya terhenti. Ustaz Jamil menarik lembut tangan mulus anaknya itu.
" Duduk sekejap,nak. Abah belum habis cerita lagi"  lembut tuturan Ustaz Jamil.
Batrisya segera melabuhkan punggungnya di atas tangga itu semula. Dia masih mendiamkan diri.
" Batrisya. Semalam Taufik datang jumpa Abah. Dia cakap" kata-kata Ustaz Jamil terhenti di situ seketika. Gugup juga untuk meneruskan ayatnya.
"Dia nak ambil Batrisya menjadi isterinya"
Batrisya yang sedari tadi mendiamkan diri terkejut. Mungkinkah dia tersalah dengar? Ah! Tak mungkin!
" Dia nak Batrisya menjadi suri hidupnya. Dia nak Batrisya jadi makmum yang akan dia imamkan di setiap solatnya. Dia nak Batrisya menjadi ibu kepada anak-anak yang bakal dia azankan nanti. Dia nak Batrisya jadi isteri yang akan dia bimbing dalam mengejar redha Ilahi"
Mengalir deras air mata Batrisya mendengar kata-kata lelaki separuh abad yang berada di depannya itu. Sungguh tidak pernah dia menyangka bahawa jejaka seperti itu akan memilih wanita sepertinya.
"Tapi, Abah, Batrisya tak"
Dia tidak segera menghabiskan kata-katanya. Pasti ayahnya sudah tahu apa yang bakal dia katakan.
" Jangan begitu, nak Dia ikhlas. Dia terima Batrisya seadanya. Abah tahu dia akan pimpin kau dengan baik, nak. Abah yakin pada dia. Jangan kau tolak lamarannya hanya kerana kau fikir kau tidak layak buatnya. Kerana kelemahanmu itulah kau perlukan pemimpin sepertinya. Percaya cakap abah, nak. Jangan sampai kau menyesal di kemudian hari"
Ustaz Jamil mematikan kata-katanyanya di situ. Kini, segalanya ada di tangan Batrisya. Tidak pula dia ingin memaksa Batrisya. Dia ingin Batrisya bahagia.
Merah pipi mulus Batrisya apabila Taufik memberikan kucupan hangat di dahinya pada hari mereka diijabkabulkan. Sungguh tidak dia sangka lelaki yg baru dia temui sekali, kini sudah sah menjadi suaminya. Pada saat itu juga, Batrisya merasakan cinta yang begitu besar lahir dari hatinya. Tulus dan suci buat Taufik satu-satunya.
Di dalam hati dia mengucapkan syukur yang tidak terkira tingginya ke hadrat Ilahi kerana menghadirkan seorang insan mulia dalam kehidupannya. Semoga dengan kehadiran lelaki mulia yang kini bergelar suaminya, mereka sama-sama dapat menjejak dan mencari cinta yang paling agung itu. Cinta yang tidak ada tandingnya. Cinta Ilahi.
Di dalam hati kecilnya berbisik.
"Kaulah kebahagiaanku ketika di dunia. Kau jugalah kebahagiaanku nanti di sana. Redhakanlah aku menjadi isterimu. Agar kita dapat bertemu dan bercinta semula di syurga." Mengalir air mata kasihnya tatkala merenung cincin di jari manis yang menjadi tanda ikatan cinta mereka berdua

muslimah berpurdah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Jangan menganggap perempuan yang berpurdah itu sebagai ekstremis.
TETAPI KETAHUILAH,
Mereka telah melaksanakan yang sunat,
Untuk mendapat keredhaan-Nya,
Untuk mencontohi teladan isteri-isteri Baginda yang dikasihi,
Untuk menjaga aib mereka serta kecantikan mereka kepada yang layak,
Serta untuk mengelak menjadi fitnah dunia,
Fitnah bagi KAUM ADAM sebagaimana dikatakan Baginda,
Di akhir zaman ini.

Jangan menganggap mereka TERKURUNG,
 Jangan menganggap kebebasan mereka DISEKAT,
SEBALIKNYA,
Mereka rela terkurung di dunia daripada terkurung di akhirat kelak,
Mereka sebenarnya bebas dengan dibatasi syariat agamanya,
Yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat,
Dan mereka hanya berkerenah demi menjaga maruah mereka yang lebih penting.

~Ya Allah~
Kuatkanlah hati para mujahidah ini Ya Rabbi.

Kepada yang sudah BERPURDAH  ♥ Teruskan istiqomah anda. :)Kepada yang berjinak-jinak untuk BERNIQAB  ♥ Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata manusia yang cuba patahkan semangat anda. Kuatkan niat anda. :)Kepada yang berniat untuk BERPURDAN/BERNIQAB  ♥ Syukur kepada hadrat Illahi, dalamilah ilmu agamamu, dampingilah serta mendapat kata-kata semangat dari yang berpengalaman, serta sempurnakan auratmu yang wajib dahulu, kemudian anda akan mendapat kekuatan untuk melakukannya. Insha-Allah. :)

Selamat berjaya ya wahai para muslimahku yang dikasihi.Pada para muslimku, berilah kekuatan pada mereka, kerana mereka telah membantu anda dari terjerumus dalam fitnah dunia. Wassalam. 

Islam Bukan Anti Hiburan


Hukum WANITA yang menyanyi di khalayak ramai sehingga lelaki ajnabi boleh mendengarnya?
Isu ini juga terdapat khilaf dalam klgn fuqaha. Cuma saya ingin menyebut pendapat Imam saya(al-Qaradawi) bahawa wanita boleh menyampaikan lagu di hdpn org ramai dgn beberapa syarat spt berikut:
  1. Lagu itu todak mempunyai unsurII yg haram spt mmbangkitkan syahwat.
  2. Tidak ada tarian. Ini kerana hukum asal suara wanita tidak aurat. seorang wanita boleh bercakap, berceramah, mengaji & sbgainya selama mana suaranya tidak menggoda

♥ WAJIB BACA ♥


♡ HUKUM MEMAKAI PURDAH PADA ZAMAN SEKARANG MENURUT PANDANGAN USTAZ AZHAR IDRUS ♡


Soalan:

Assalamualaikum Ustaz.

Apakah hukum berpurdah bagi muslimat & keperluan berpurdah bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah SAW, betul ke..? harap dapat jelaskan... Terima kasih.

.................................................. ...............

Jawapan Ustaz Azhar Idrus :

Wa'alaikum salam.

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. PERTAMA sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat KEDUA pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat PERTAMA adalah ulamak2 mazhab HANAFI dan MALIKI dan pendapat KEDUA pula ialah ulamak2 mazhab SYAFIE dan HANBALI .

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

walahua'lam.

Pakej Wanita Idaman Atau Pakej Idaman Wanita?


Sesetengah lelaki zaman sekarang mengidamkan seorang wanita yang ‘sedap mata memandang’ untuk menjadi kekasihnya atau isterinya.  Ada yang menentukan ciri ‘sedap mata memandang’ itu seperti cantik, lemah lembut, ayu, rendah diri, sopan dan sebagainya.  Inilah hakikatnya bahawa sifat-sifat wanita idaman itu sendiri berbeza mengikut individu dan membuktikan bahawa racun berbisa demokrasi yang ‘menghalalkan’ kebebasan berpendapat bagi setiap individu telah merebak ke benak kaum muslimin walaupun sesuatu perkara itu sudah mempunyai ketetapannya dalam Islam.

Tolak ukur untuk menilai keperibadian diri seorang wanita bukanlah berlandaskan kecantikan atau kebijakannya dalam akademik tetapi dengan ukuran kuantiti dan kualiti amal perbuatannya dalam melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya semata-mata untuk meraih keredhaan-Nya.  Inilah kunci untuk menjadi wanita penghuni syurga yang sepatutnya diidamkan oleh setiap individu muslim.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."   [TMQ. al-Ahzab (33): 35]

Jadi, kita tidak bebas memandang kaum perempuan menurut keinginan kita sendiri, tetapi membatasi mentaliti (pandangan) kita sesuai dengan ketentuan Islam.  Sebagai contoh, jika seorang laki-laki berusaha mencari jodoh, Rasulullah SAW memberikan petunjuk dengan hadits yang sangat terkenal, diriwayatkan oleh Abu Hurairah sebagai berikut:  “Seorang perempuan dinikahi karena empat perkara.  Kekayaannya, nasabnya, kecantikannya, dan agamanya.  Maka kahwinilah yang baik agamanya, niscaya engkau akan beruntung.”   [HR al-Bukhari]Kita tidak semestinya menilai keperibadian wanita atas dasar sesuatu yang sangat dangkal, seperti kecantikan.

Bila seorang lelaki Muslim itu ingin mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, maka dia perlu berusaha mencari seorang isteri yang memiliki pemahaman yang baik tentang tugas-tugas seorang Muslimah; yang akan melaksanakan tugas-tugas seorang isteri sebagaimana yang diperintahkan Islam; yang akan merawat dan memelihara pemikiran anak-anaknya dengan tsaqafah Islam dengan penuh kasih sayang; dan yang akan menjaga suaminya agar tetap taat beribadah sebagaimana sang suami menjaga agamanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad]
Lelaki dan perempuan muslim perlu menyedari sepenuhnya bahawa pakej wanita idaman yang diberitakan seperti itu hanyalah sebuah mitos yang dimanfaatkan oleh musuh Islam.  Mereka bertujuan untuk mengalihkan pemikiran dan perhatian kita daripada aqidah kita yang benar seperti firman Allah SWT :  “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.  Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)".  Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”  [TMQ al-Baqarah (2):120]

UNTUKMU ADAM ^_^


Adam...Kalau kami tidak membalas salammu,
kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.


Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?Ataupun...Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?Begitukah calonmu wahai Adam?


Ketahui wahai Adam,Sesungguhnya, perempuan itu manja,Suka dibelai, Suka dikasih,Namun, Adam...Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?


Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.


Kerana...Kami begitu untuk menjaga aib kamu,Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,Menjauh dari kehinaan,Kerana kami merupakan fitnah dunia,Fitnah bagi kamu.


Adam...
Kami ini insan yang lemah,Janganlah kau cemar iman kami,Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.


Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,Andai kau mahu membela nasib kami,Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,Ibu kepada bakal pejuang agama,Doalah buat kami,Doalah jua buat dirimu,Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...


Kerana Adam adalah pembela kami.

INDAHNYA BERSAHABAT BERLANDASKAN IMAN ^_^


Yusuf dan Iskandar adalah pelajar di universiti Al- Azhar, Mesir. dia dikenali ramai orang di sana dengan kembar azhar kerana selalu bersama walaupun dalam apa jua keadaan.Mereka saling bantu membantu mereka amat saling menyayangi. Jika Yusuf dalam masalah pasti Iskandar bantu, jika Iskandar dalam masalah Yusuf akan membantu. contohnya, pada suatu hari, Yusuf ke kedai yang tidak jauh dari rumah mereka untuk membeli sedikit barang. Selepas selesai membeli Yusuf beredar untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang dia melalui lorong yang gelap. Hanya jalan itu yang boleh sampai ke rumahnya. Tiba tiba dia dikepung oleh sekumpulan lelaki arab yang bersenjata. Dia ketakutan, kerana dia tahu dia ingin dirompak. Ketika itu dia berserah pada Allah s.w.t. sahaja. Lelaki itu meminta duit dan barang berharga dengan Yusuf dalam percakapan mereka. Bagaimana punYusuf tetap faham bahasa mereka. Yusuf tidak mahu menyerahkan duitnya. Seorang lelaki arab itu marah, mungkin ketua mereka. Yusuf diancam dengan bunuh jika tidak menyerahkan duit. Yusuf ketakutan tetapi tetap berwajah tenang. Tiba- tiba lelaki arab itu ingin menikamnya kerana dia tidak bertindak walaupun diancam. Yusuf terkejut lalu mengelak. Lelaki arab itu menjadi teramat marah kerana Yusuf mengelak. Lelaki arab itu ingin menikamnya sekali lagi, di terkejut dan ingin mengelak tapi tidak boleh kerana dipegang dengan kuat oleh lelaki arab yang lain. Yusuf memejam mata dan ketika itu di fikirannya cuma Iskandar. Kalau Iskandar ada pasti dia akan membantu/melindingi Yusuf kerana Iskandar pandai dalam seni silat. Tetapi Iskandar sekarang tiada. Sebenarnya tadi sebelum Yusuf ke kedai, Iskandar ingin ikut tetapi dilarang Yusuf kerana Iskandar demam panas. Ketika pisau ingin menikamnya Yusuf memejamkan mata dan berserah pada Allah s.w.t.Tiba- tiba dia terasa ada seseorang jatuh keatasnya dengan serta merta dia membuka mata. Dia terkejut melihat Iskandar berlumuran darah. Lelaki lelaki arab telah melarikan diri setelah melihat Iskandar berlumuran darah. Ya Allah Is kenapa kau sanggup selamatkan aku, kau sakit Is, aku suruh kau berehat. Kenapa kau tak biar aku yang kena , kenapa kau degil sangat Is. Yusuf berkata sambil menangis. Ki....ta.... kan saha......bat .... Iskandar berkata dalam kesakitan.Yusuf medukung Iskandar dan berlari untuk ke hospital. Yusuf berkata tolong sahabat  saya. ketika Iskandar ditolak atas katil Iskandar berkata Suf... To... long.... am.bil...kopi...ah..aku...di...tem...pat...ta... di..kau...simpan..elok..el..ok...yHampir 2 jam Yusuf menunggu Iskandar yang sedang dirawat dalam ICU. Setelah 2 jam doktor yang merawat Iskandar keluar, Yusuf cepat pergi dan bertanya, doktor bagaimana keadaan sahabat saya? saya minta maaf cik, sahabat cik telah pulang kesisi Allah. kami sedaya upaya membantu dia tapii Allah lebih. InsyaAllah Is, kau kuatkan diri kau ye. menyayangi dia.Yusuf terkejut dan jatuh melutut smabil menangis. sahabat sahabat lain memegang Yusuf. Ya Allah jika ini kehendakmu maka redakanlah hatiku. setelah beberapa minit yusuf pengsan. hampir 2 jam yusuf pengsan. setelah yusuf sedar dia cepat cepat bangun dan pergi ke tempat Iskandar ditikam untuk mengambil kopiah. setelah dia ambil kopiah itu, dia ciumdengan perasaan hiba. Is kenapa kau dengil sangat., aku dah suruh kau berehat tapi kenapa kau degil sangat. kalau x selamat kan aku tadi mesti sekarang kau disamping aku. Ya Allah redakan diriku .
lihatlah bertapa sucinya persahabatan mereka. sesuci inikan persahabatan kita.

PESANAN NABI MUHAMMAD S.A.W BUAT WANITA


 1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

BINTANG KECIL ^_^


setiap pagi jumaat, seorang iman masjid mukim akan keluar bersama sama anaknya yang berumur 7 tahun menyusuri jalan kampung untuk menyebarkan risalah bertajuk ' Jalan Jalan ke Syurga'. pada suatu pagi jumaat yang indah, cuacaa tiba-tiba berubah dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnnya.

  anak kecil itu membetulkan ubahnya yang masih kering dan berkata :" ayah! saya sudah bersedia ." ayahnya terbata lalu bertanya: "bersedia untuk ke mana?" "ayah bukankah ini masanya kita akan menyampai risalah Allah?" "anakku!
bukankah keadaan di luar sejuk dan hujan lebat?" " ayah, masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun." ayahnya menambah: " ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini ." dengan penuh hormat, anaknya merayu :" bolehkah, izinkan saya pergi sendirian, ayah ?"
   ayahnya ragu ragu, namun tetap menyerahkan risalah risalah itu kepada anaknya." pergilah nak dan berhati hatilah. Allah bersama sama kamu!"" terima kasih ayah ," balas si anak sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.. dengan wajah bersinar sinar, si anak pergi meredah hujan. dia menyerahkan risalah risalah tersebut kepada sesiapa yang dijumpainya dan mengetuk setiap rumah yang dilaluinya. setelah dua jam, hanya tinggal satu risalah ' Jalan Jalan Syurga' di tangannya. akhirnya, dia ternampak sebuah rumah yang agak terpesorok di sebatang jalan. dia menunggu sebentar dan ditekannya loceng sekali lagi, namun masih tiada jawapan.
   bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. akhirnya, pintu rumah itu terbuka. berdiri di hadapan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. mukanya jelas suram dan sedih."apa yang pakcik boleh bantu?" anak itu tersenyum manis bagaikan malaikat dari langit."pakcik, maaf saya mengganggu. saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. saya datang hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah penerimanya." dia senyum lagi dan menundukkan wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi." terima kasih, semoga tuhan melindungi kamu." ujar lelaki tersebut dengan nada yang lembut.
.......................................................................************................................................................................
    minggu berikutnya sebelum solat jumaat bermula seperti biasa iman memberikan ceramahnya. sebelum selesai ceramah dia bertanya:" ada sesiapa yang ingin menyatakan sesuatu?" tiba tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. dia adalah lelaki separuh umur itu."saya rasa tiada sesiapapun di sini menegenali saya. saya tidak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali kerana pada minggu lepas saya bukan seorang Muslim. isteri saya meninggal beberapa tahun lalu dan aya keseorangan ." air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
   "pada minggu lepas saya mengambi; keputusan untuk membunuh diri. jadi saya mabil kerusi dan tali. saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. apabila sampai masa untuk saya terjun , tiba tiba loceng rumah saya berbunyi dan terdengar panggilan salam merdu daripada seorang anak kecil." " saya tunggu sebentar, saya fikir orang yang menekan loceng tu akan pergi jika tidak dijawab. kemudian ia berbunyi lagi berserta dengan ucapan salam. belum pernah ada sesiapapun yang menekan loceng itu setelah sekian lama . lantas saya melonggarkan ikatan tali di leher dan terus pergi ke pintu."
   "seumur hidup saya, belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. senyumannya benar benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat. dia berkata:" pakcik, maaf saya  mengganggu, saya hanay ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik." itulsh kata kata yang paling indah yang pernah saya dengar. saya melihatnya bagi menyusuri hujan yang amat lebat. saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. akhirnya kerusi
dan tali yang hampir hampir menyetap nyawa, saya letakkan semula di tempat asalnya. saya tak perlukan itu lagi."
      lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim dan hamba kepada tuhan yang satu, Dia adalah Allah. di belakang risalah tertulis alamat tempat ini dan kerana itu saya sampai di sini. jika tidak disebabkan bintang kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya berada selama lamanya di neraka."
    iman segera turun dari mimbar lalu memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar. dia menangis bersungguh sungguh hatinya. jumaat ini adalah jumaat yang paling indah dalam hidupnya. tiada anugerah yang sekarang ini berada di dalam pelukkannya. anak kecilnya bagaikan bintang bersinar yang menunjuki jalan buat orang lain menuju ke SYURGA ALLAH.