setiap pagi jumaat, seorang iman masjid mukim akan keluar bersama sama anaknya yang berumur 7 tahun menyusuri jalan kampung untuk menyebarkan risalah bertajuk ' Jalan Jalan ke Syurga'. pada suatu pagi jumaat yang indah, cuacaa tiba-tiba berubah dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnnya.
bukankah keadaan di luar sejuk dan hujan lebat?" " ayah, masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun." ayahnya menambah: " ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini ." dengan penuh hormat, anaknya merayu :" bolehkah, izinkan saya pergi sendirian, ayah ?"
ayahnya ragu ragu, namun tetap menyerahkan risalah risalah itu kepada anaknya." pergilah nak dan berhati hatilah. Allah bersama sama kamu!"" terima kasih ayah ," balas si anak sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.. dengan wajah bersinar sinar, si anak pergi meredah hujan. dia menyerahkan risalah risalah tersebut kepada sesiapa yang dijumpainya dan mengetuk setiap rumah yang dilaluinya. setelah dua jam, hanya tinggal satu risalah ' Jalan Jalan Syurga' di tangannya. akhirnya, dia ternampak sebuah rumah yang agak terpesorok di sebatang jalan. dia menunggu sebentar dan ditekannya loceng sekali lagi, namun masih tiada jawapan.
bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. akhirnya, pintu rumah itu terbuka. berdiri di hadapan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. mukanya jelas suram dan sedih."apa yang pakcik boleh bantu?" anak itu tersenyum manis bagaikan malaikat dari langit."pakcik, maaf saya mengganggu. saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. saya datang hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah penerimanya." dia senyum lagi dan menundukkan wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi." terima kasih, semoga tuhan melindungi kamu." ujar lelaki tersebut dengan nada yang lembut.
.......................................................................************................................................................................
minggu berikutnya sebelum solat jumaat bermula seperti biasa iman memberikan ceramahnya. sebelum selesai ceramah dia bertanya:" ada sesiapa yang ingin menyatakan sesuatu?" tiba tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. dia adalah lelaki separuh umur itu."saya rasa tiada sesiapapun di sini menegenali saya. saya tidak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali kerana pada minggu lepas saya bukan seorang Muslim. isteri saya meninggal beberapa tahun lalu dan aya keseorangan ." air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"pada minggu lepas saya mengambi; keputusan untuk membunuh diri. jadi saya mabil kerusi dan tali. saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. apabila sampai masa untuk saya terjun , tiba tiba loceng rumah saya berbunyi dan terdengar panggilan salam merdu daripada seorang anak kecil." " saya tunggu sebentar, saya fikir orang yang menekan loceng tu akan pergi jika tidak dijawab. kemudian ia berbunyi lagi berserta dengan ucapan salam. belum pernah ada sesiapapun yang menekan loceng itu setelah sekian lama . lantas saya melonggarkan ikatan tali di leher dan terus pergi ke pintu."
"seumur hidup saya, belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. senyumannya benar benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat. dia berkata:" pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanay ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik." itulsh kata kata yang paling indah yang pernah saya dengar. saya melihatnya bagi menyusuri hujan yang amat lebat. saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. akhirnya kerusi
dan tali yang hampir hampir menyetap nyawa, saya letakkan semula di tempat asalnya. saya tak perlukan itu lagi."
lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim dan hamba kepada tuhan yang satu, Dia adalah Allah. di belakang risalah tertulis alamat tempat ini dan kerana itu saya sampai di sini. jika tidak disebabkan bintang kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya berada selama lamanya di neraka."
iman segera turun dari mimbar lalu memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar. dia menangis bersungguh sungguh hatinya. jumaat ini adalah jumaat yang paling indah dalam hidupnya. tiada anugerah yang sekarang ini berada di dalam pelukkannya. anak kecilnya bagaikan bintang bersinar yang menunjuki jalan buat orang lain menuju ke SYURGA ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan